Resepi Udang Masala Kaw | Pengkongsian daripada rakan india kita.. Memang nampak besttt kan?
Jom cuba...
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : FB SheeNa HaseeNa
Urmm.. nampak sedap bukan?, jom cuba bawah..
1kg udang
Bahan lain:
• 3 sekawan
• 1 sd mkn ginger garlic paste
• 1 biji bawang merah
• Segenggam cili kering
• Segenggam daun kari
• 2 sd mkn tairu/yogurt
2 sd makan rempah campur (jintan manis, jintan putih, lada hitam dan biji ketumbar yang dikisar)
2 sd teh serbuk kunyit
3 sd mkn serbuk cili
Sedikit air asam jawa.
Ok, jom masak..
Tumis 3 sekawan, bawang merah, daun kari,cili kering dan ginger garlic paste.
Setelah bawang layu, masukkan rempah campur dan tairu/yogurt. Gaul rata
Masukkan serbuk kunyit dan serbuk cili
Masak hingga pecah minyak
Setelah pecah minyak masukkan 2 cawan air.
Biarkan hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan masukkan air asam jawa
Masukkan udang
Kacau rata dan perasakan dengan garam. Biarkan dalam 3 minit. Jangan lama sangat nanti udang overcook.
Tutup api dan taburkan daun ketumbar.. Siap!!
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Udang Masala Kaw (SbS)"
Post a Comment