Resepi Ketam Kari Babas | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ketam Kari Babas

Resepi Ketam Kari Babas | Jom cuba resepi daripada ketam pula.. 

Sedap ni.. jom cuba..


Bahan-bahannya:
  • 5 ekor ketam merah (anggaran 11/2 kilo) – seekor dikerat dua
  • Nanas masak dikupas, dan dipotong nipis 1/4 bahagian daripada sebiji nanas
  • 11/2 cawan santan pekat + 3 cawan air
  • 1 keping asam gelugor
  • 4 – 5 biji tomato kecil (baby tomato) dibelah dua
  • 2 biji cili hijau – dibelah di tengah tetapi tidak putus
  • 1 batang serai - dititik
  • Garam dan gula perang secukup rasa

Bahan-bahan Pes (disatukan di dalam blender basah dan dikisar halus):
  • 5 sudu besar rempah kari ikan & udang pedas BABAS
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Air secukupnya

Bahan-bahan Tumis Darat:
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 4 biji bawang merah (kecil) – dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 inci halia – dihiris mancis
  • Minyak secukupnya

Cara penyediannya:
  1. Buang kulit ketam dan kerat hujung kaki-kaki kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti.
  2. Gaul dengan beberapa biji limau kasturi dan garam dan perapkan selama 1 minit.
  3. Kemudian dibasuh bersih dan toskan.
  4. Masukkan ketam, pes rempah, dan serai di dalam periuk.
  5. Tambahkan air secukupnya (anggaran) dan masak sehingga mendidih.
  6. Kemudian masukkan nanas dan santan.
  7. Masukkan garam, gula, dan asam gelugor dan kacau rata.
  8. Biarkan kuah mendidih di atas dapur atau hingga ketam masak.
  9. Rasa dan jika ok boleh tutup api.
  10. Masukkan buah tomato dan cili hijau. Ketepikan.

Cara Tumis Darat:
  1. Panaskan minyak (anggaran 1 senduk nasi) di dalam kuali. 
  2. Tumis bahan-bahan tumis darat sehingga kekuningan dan naik bau. 
  3. Semasa bahan-bahan tumis masih panas tuangkannya di dalam periuk ketam tadi, dan tutup periuk untuk mengelakkan hilangnya aroma wangi tumisan.

Oleh : ARMK

Selamat Mencuba.. 
Silakan Share..

Resepi Ketam Kari Babashttp://banyakresepi.blogspot.my/

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ketam Kari Babas"

Post a Comment