Resepi Mee Jawa Sedap (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Mee Jawa Sedap (SbS)

Resepi Mee Jawa Sedap | Jom buat mee jawa..resepi ni ipar saya yang ajar..kak Nur Hayah.. sedap..

Rugi tak cuba...

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)

Sila share dan cuba buat ok...

Sumber : FB Nur Hanim

Resepi Mee Jawa Sedap http://banyakresepi.blogspot.my/


1) Bawang merah, bawang putih jangan banyak dalam tiga biji, halia sedikit.

2) Cili kering.

3) Udang kering (di kisarkan ke semuanya)

Jangan lupa empat sekawan untuk menumis ya..



Dua bungkus kecil serbuk kari..(ikut jenama kesukaan anda)



Kisarkan bawang & bahagian di atas tadi



Dah siap kisar.



Bancuh serbuk kari dengan sedikit air ya.



Rebuskan ubi keledek atau keribang warna oren sampai lembut isinya.



Kisarkan ubi tadi.



Ambilkan air rebusan ayam atau daging, isinya boleh di gunakan untuk dimakan bersama mee nanti.



Mula menumis empat sekawan.



Tumiskan pula bawang ,cili ,udang kering sampai pecah minyak.



1) Letakkan air rebusan ayam atau daging.

2) Dan letakkan pula ubi yang sudah dikisar tadi ke dalam tumisan tadi.



Biarkan mendidih sekejap.



Letakkan garam,serbuk perasa dan gula ikut cita rasa.



Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air.



1) Ketika meletakkan bancuhan tepung jagung jangan berhenti mengacau agar kuah tidak berketul atau hangus di bahagian bawah..(pelahankan api)

2) Kacau sampai kuah cukup pekat.

3) Tutup kan api.

4) Bolehlah celurkan mee kuning dengan air panas.,letakkan ke dalam pinggan, hiriskan ayam atau daging, telur rebus.

5) Hiaskan dengan bawang goreng, daun sup dan hirisan cili..siap untuk di makan.

6) Selamat mencuba.. Jangan lupa share..



Tadaa.. Siap..!!!

Selamat mencuba..
Jangan lupa share


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Mee Jawa Sedap (SbS)"

Post a Comment