Resepi Ayam Sapit Istimewa!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Sapit Istimewa!!

Resepi Ayam Sapit Istimewa!!   | Try yer semua, cuba sekali mau berkali-kali..hehee..jom masak

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam di potong 12 Atau 5 Keping Peha Ayam
  • 3 biji buah keras - ditumbuk halus
  • 4 cm (1.5 inch) lengkuas - dikisar
  • 4 cm (1.5 inch) halia - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 biji bawang besar - dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 batang serai - di titik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar (coriander)-
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis (fennel)
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
  • Bahan-bahan di atas digaulkan pada ayam dan perapkan dalam 1/2 atau 1 jam

  • 100ml krim santan
  • 6 helai daun limau purut
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis)
  • Minyak masak untuk menumis

Cara penyediaanya:

  1. Rempahkan ayam dengan serbuk2 rempah kunyit, ketumbar, jintan manis & putih, perapkan dalam setengah atau satu jam.
  2. Panaskan minyak di kuali, letakan serai nya, bahan rencah2 yang di kisar.
  3. Goreng hingga ia wangi.
  4. Letakan 1 cawan air dan letakan daun limau purut.
  5. Letakan ayam yang sudah di perap, bersama garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga ayam nya masak dan biarkan kuah nya pekat sedikit.
  7. Letakan krim santan pada kuahnya, gaulkan rata2.
  8. Bila ayam sudah masak, angkat ayam2 nya.
  9. Goreng ayam di kuali tanpa minyak, golek2kan supaya ada bekas tanda2 bakar.
  10. Boleh di letakan di ketuhar (api atas 170C atau panggang di atas bara arang).
  11. Bila disajikan tuangkan kuah di atas ayam nya.
  12. Sesuai di sajikan dengan lontong, ketupat atau nasi putih bersama hidangan juadah lain.


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Asal : Rozita Hassan
Oleh : Joha Hassan
Resepi Ayam Sapit Istimewa


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Sapit Istimewa!!"

Post a Comment