Resepi Kek Keju Kapas Jepun | Kek jepun ni memang kek yang mahal. tengok la resepi di bawah. Susah juga nak buat. Tapi bila ada resepi dan langkah bergambar step by step memang senangkan lagi la proses nak membuatnya kan?
Bismillah..tutorial kek mahal hehe..ye la beli se slice dah bape hengget kalau kuarge yg anak ramai maka terliur je la tgk kek ni..ehhh org jawa pon pandai ape buat kek cheese jepun haha egt ape...kek japanese cotton cheese atau kek keju kapas jepun..lembab penuh rasa chesse penting sekali buat nye sgt2 mudah kalau xcaye jom cikedot pas ni 1 malaysia pandai buat kek keju sendiri ok..mudah pantas jom semua
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : FB Azlina Ina
Jom belajar buat kek jepun..hehe
Bahan-bahan utama :
• 6 bijik telur gred B
• 3 atau 4 keju slice cheesedale (kalau takde ganti cream cheese tartura 1 cawan kenapa ina guna cheesedale sebab ia mudah di jumpai rasanya pon sedap sama je macam cream cheese tatura) so makcik-makcik kat kampung pun boleh buat hokey
• 1/2 cawan susu segar/susu cair
• 1 1/4 cawan gula halus (ina nak kurang manis guna 1 cawan je)
• 2sb butter atau majerin
• 1 cawan tepung gandum ina guna cap ros nak guna cap lain pun takpe la
• 2sb tepung jagung
• 1sk baking powder
• Sedikit esen vanila
• Sedikit garam halus
• 1sk cream off tartar takde takpe takyah letak ganti dengan 1sk cuka masakan pun boleh
Bahan-bahan yang nak dicairkan dulu:
• 1/2 cawan susu cair atau susu segar
• 2sb butter
• 3 keping cheesedale nak lebih kan 4 pon takpe atau tartura 1 cawan carik 2 kan atau koyakkan dia
Gune kaedah double boil.. bawah ada periuk berisi air atas periuk letak loyang isi bahan-bahan tadi dan masukkan semua kacau sampai semua cair sempurna tutup api biar suam
Asingkan kuning dan putih telur ina terus asing dalam bowl mixer senang
Step pertama letak esen sedikit dalam kuning telur proses ini guna spatula atau senduk je kacau die sementara tu ayak tepung
Ayak tepung gandum + baking powder + tepung jagung + sedikit garam halus
Campuran kuning telur tadi kacau guna spatula macam tu
Masukkan bahan yang kita double boil dan dah suam tadi semua sikit-sikit kacau sebati
Masuk tepung dan kacau sebati
Jadi macam ni
Ok putih telur mix sampai jadi buih-buih kasar macam tu baru masuk gula dan cream off tartar kalau takde letak cuka 1sk
Mix dalam 20 minit hand mixer kalau mixer ina 5 miint je hight speed
Tebalikkan bowl mixer adunan teguh
Ceduk adunan putih telur masukkan dalam adunan kuning telur tadi
Ulang sampai abis dan Kacau rata
Isi loyang 9x9 8x8 atau 7x7 dgn air biasa
Lapik kertas baking paper dekat bawah loyang yang dah sapu minyak keliling pun sapu minyak letak adunan dalam loyang ada air tadi panaskan oven 170 5 minit
Masukkan dalam oven turunkan suhu 160 bakar selama 1 jam atau 1 jam 10 minit bergantung oven korang api atas bawah kalau jenis oven cepat panas last 15 minit guna api bawah je oven ina jenis ok so smpai abis api atas bawah.. kalau nak kukus api sederhana 1 jam dan add on 1sk soda bikarbonat dalam adunan tepung ok
45 minit petama dah nampk naik dan perang
Wahh syukur dah siap naik dengan baik kita keluarkan dari loyang
Tebalikkan atas redai dan bukak bakimg paper.. belakang dia mmg sedikit basah ye bukan tak masak memang macam tu
Kemudian tebalik kan semula dan biar sejuk baru hiaskan
Tabur dengan icing dan hias dengan buah simple je
Perfect siap alhamdulillah.
Memang sedap sejuk ditekak masam manis lemak kek ni memang sedap patut la mahal heee...
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
Berapa kebesaran loyang bulat tu yer?
ReplyDeleteBerapa kebesaran loyang bulat tu yer?
ReplyDeleteterbaik.. dah try. memang sedap sgt sgt sgt. trm kasih..
ReplyDeleteMmg lama ya putih telur tu nk jdi mcm tu..hihi
ReplyDeleteGebu gebas kek keju ni...tergoda...nak cuba buat nanti...
ReplyDeleteGebu gebas kek keju ni...tergoda...nak cuba buat nanti...
ReplyDeletePerggh boleh kecik lengan pukul putiu telur tu 😅😅😅
ReplyDelete