Resepi Nasi Lemak Simple | Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang Malaysia. Ianya juga boleh di temui di Singapura, Indonesia dan Brunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Di Indonesia Nasi lemak dipercayai di perkenalkan oleh pekerja (TKI) dan Mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.
Nasi Lemak - (5 org makan)
Bahan-bahannya :
- 3 cawan beras basmathi
- 3 1/2 cawan air + ½ cwn santan
- 6 butir halba
- 1 biji bawang kecil dihiris
- sehiris halia
- sehelai daun pandan disimpul
Cara penyediaanya :
Beras direndam sebentar dan dibasuh. Campurkan semua bahan dan dimasak seperti biasa. Selepas nasi hampir masak, masukkan daun pandan.
Sambal Tumis:
- 1 cawan ikan bilis
- 2 biji bawang besar- 1 dimesin dan 1 dipotong bulat
- 2 ulas bawang putih
- sedikit belacan
- sedikit asam jawa
- 1/2 cawan minyak untuk menumis.
- 15 tangkai cili kering
Cara penyediaanya :
- Cili kering, bawang, bwg putih dan belacan dimesin.
- Tumiskan bahan mesin hingga betul-betul garing ( hingga naik minyak).
- Masukkan air asam jawa, + isi kerang dan bwng potong. Sesuaikan rasanya.
- Biar sambal agak kering sedikit.
- Lain-lain bahan nak tambah seperti kacang, ayam, boleh tambah sesuai dengan selera.
- Boleh juga dimakan dengan pelbagai lauk seperti ayam goreng, sambal kerang, rendang ayam dan lain-lain lagi
Selamat Mencuba..
Silakan Share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Nasi Lemak Simple"
Post a Comment