Resepi Nasi Daging Enak | Hari ni apa kata kita try masak nasi daging. Nampak memang menyelerakan.
Admin dah sediakan gambar untuk cara buat. Bertambah senang la..
Jom cuba, rugi tau tengok jer.. hehe
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sumber : FB Malisha Ashida Mohamad
Jom tengok cara buat, di bawah..
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Bawang besar
2. Bawang putih
3. Halia
4. Rempah kurma
5. Rempah 4 sekawan
6. Daging direbus sehingga empuk
7. Minyak sapi
Beras dibasuh bersama 2 helai daun pandan..
1. tumis rempah empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kurma
2. Saya gunakan minyak sapi
3. Masukkan garam dan perasa
4. Setelah sebati, tambah secawan air rebusan daging.
5. Tunggu mendidih dan masukkan beras seketika
1. Masukkan ke dalam periuk nasi
2. Masukkan daging yang telah direbus
3. Masukkan tomato
4. Saya tak gunakan susu cair
Masukkan air rebusan daging mengikut keperluan beras.
Saya hanya gunakan beras biasa jadi jumlah air saya sama banyak dengan beras.
Tadaa...
Nasi daging telah siap dimasak.
Sedap dimakan bersama sambal air asam dan sup daging.
Lebih power jika bawang goreng tu home made.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Nasi Daging Enak (SbS)"
Post a Comment