Resepi Pizza Tanpa Oven | Tiada oven bukan alasan untuk tidak boleh buat pizza yang sedap gila.. huhu.. Jom buat jom..
Pizza ni masak guna dapur biasa je. Pan pizza.
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sumber : Finyz Salleh
Bahan-bahan untuk doh :
- 1/2 cawan tepung naik sndiri
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1tsp mauripan
- 1tsp madu
- 2/3 cawan air
Bahan-bahan topping :
- cendawan butang
- bawang holland
- lada benggala
- sosej/crab stick
- daging kisar
- sos topping (saya guna sos spaggeti kimball)
Bawang saya goreng kan sekejap
Daging kisar dimasak dgn seasoning.
Ni kejadian doh
Saya guna mozarella cheese.
Doh tu tepek-tepek je kat kuali.
Comot pun takpe, janji sedap kan kan.
Lepas tu ratakan sos spagetti.
Seterusnya,
Letak segala mala topping yang ade.
Lada benggala tu nak bagi naik kaler je.
Klu nak letak cili padi pun boleh.
Tapi nanti tanggung sndiri ye.
Last skali tabur cheese.
Masak dalam 5 - 10mins dengan api perlahan.
Selak-selak bahagian bawah untuk tengok crust supaya tak hangit.
Boleh tutup sekejap unutk cairkn cheese.
Taraaaaa!
Siap!
Makanlah bersama orang tersayang.
Ecehhh.
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Pizza Tanpa Oven (SbS)"
Post a Comment