Resepi Asam Pedas Berempah | Hari ni nak tepek Asam Pedas Berempah. Saya guna ikan tenggiri. Tak payah nak gi sampai Melaka @Johor untuk menikmati keenakan asam pedas di sana. Kat rumah pon boleh buat. Jangan kata hakak tak payong.
Asam pedas ni macam-macam versi... ade yang bubuh daun kari.. ada yang bubuh daun kunyit.. ada yang bubuh daun kesom & bunga kantan.. so terpulang pada masing-masing untuk mevariasikan masakan itu. SEBAB KITA MASAK DIA.. BUKAN DIA MASAK KITA.. Hehe
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sila share dan cuba buat ok...
Sumber : Rosni Musa
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Belacan*
Ketumbar*
Jintan manis*
Jintan putih*
Lada hitam*
Belacan*
Bahan bertanda * dikisar hingga lumat.
Cili giling
Serai dititik
Asam jawa
Serbuk kunyit
Halba
Daun kesom
Daun limau purut
Ikan pilihan
Bendi
Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba..
Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik & serbuk kunyit..
Tumis sehingga pecah minyak..
Bila bahan tumis dah pecah minyak..masukkan air asam jawa dan sedikit air.
Ikut banyak mana yang nak air tu..
Renihkan seketika lalu masukka bendi..
Kemudian masukkan pula daun kesom & daun limau purut..
Bila bendi dah separuh masak.. masukkan ikan, garam & serbuk perasa..
Renihkan sehingga ikan masak..
Boleh dihidangkan utk keluarga tercinta..nyumm..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Asam Pedas Berempah (SbS)"
Post a Comment