Resepi Asam Pedas Ikan Merah (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Asam Pedas Ikan Merah (SbS)

Resepi Asam Pedas Ikan Merah  | Ok malam ni tekak teringin nak makan Asam Pedas Ikan Merah.. nak kuah yang cair-cair je tak mo pekat sangat.. letak Daun Kesum, terung dan tomato.. pekena dengan nasik panas.. makan dia saje memang tak toleh kiri kanan la.. tak dan nak goreng telur dadar or ikan masin.. hihihi

Jom cuba jom.. tengok saja rugi juga..heehee

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : FB Aisha Shukor


Harini takde pinggan saya sebab lapar tahap gaban, makan dulu, post kemudian.. haha

Resepi Asam Pedas Ikan Merah http://banyakresepi.blogspot.com/


Blend cili kering suku genggam, lada hitam setengah sudu, kunyit hidup suku ibu jari, halia hujung jari kelingking, bawang merah 4 ulas, bawang putih 3 ulas dan belacan sikit..

Panaskan minyak 5 sudu, campak serai dua batang, dan tumis bahan blend sampai garing dan terbit minyak cantik



Masuk air asam jawa besar bola pingpong, amik airnya satu mangkuk..



Masuk ikan merah atau apa-apa ikan la yang uolls suke.. biar sampai ikan masak betul dan mendidih..



Masuk garam secukup rasa dan masuk tomato, terung dan daun kesum.. biar menggelegak ganas dan masak dalam 5 minit,

Siap!

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Asam Pedas Ikan Merah (SbS)"

Post a Comment