Resepi Char Kue Teaw Penang (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Char Kue Teaw Penang (SbS)

Resepi Char Kue Teaw Penang (SbS) | Fuhh.. tengok gambar dah tak tahan... Jom la kita masak sendiri, lagi puas hati.


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : FB Haz Anna Hasan


next pic untuk stat masak..jom..

Resepi Char Kue Teaw Penang  http://banyakresepi.blogspot.com/


Bahan untuk kuah:

• 2 kiub ikan bilis 
• 20-30 ekor kepala udang
• 4 ulas bawang putih tumbuk
• 1 senduk besar kicap mee
• 1 senduk besar kicap manis
• 1 senduk besar sos tiram (lupa letak dalam gambar)
• 1.25 liter air
*1 sudu kecik petis (otak udang) ni optional x letak takpe tp org mmg buh ni utk pure penang flavour.



Rebus semua bahan kat atas sampai mendidih dan kepala udang nampak masak



Bahan Kue Teaw:

Taugeh, kucai, udang, kerang, telur dan kue teaw sebungkus



STEP 1
Kalau nak pedas tumis cili giling dengan sesudu minyak makan. Minyak tak boleh banyak nanti berminyak kuah



STEP 2
Masukkan sesenduk kuah dulu, saiz senduk saya camtu. 

Pastu tumis la kucai, kerang, udang sampai separuh masak



STEP 3
Masukkan lagi 3 senduk kuah dan masukkan mee sekali. 
MASAK SAMPAI KUE TEAW MASAK DAN LEMBUT



STEP 4
Masukkan taugeh lambat sikit saya suka supaya tak lembik masa makan



STEP 5
Pecahkan telur



STEP 6
Gaul rata tunggu mendidih balik terus tutup api



Dah siap! 

Kos semua sepiring lebih kurang RM2++ je. 

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Char Kue Teaw Penang (SbS)"

Post a Comment