Resepi Sotong Masak Kari | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Sotong Masak Kari

Resepi Sotong Masak Kari | Resepi ini juga sedap atau enak dicuba. Ini kerana kelainan yang dibuat. Kerana jarang sangat kita tengok atau makan sotong dengan kari.

Bagi saya la.. heheee

Jom cuba..

Bahan-bahan:
  • 10 ekor sotong - bersihkan dan masukkan balik kepala dan toskan
  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 1 cawan santan pekat
  • 5 sudu makan kari ikan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • 2 sudu makan sos tomato
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan tumis:
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji tomato didadu
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur

Cara:
  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
  2. Panaskan minyak dan masukkan halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
  3. Masukkan pula buah tomato yang telah didadu. Biarkan sebentar.
  4. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air, kacau selalu dan kecilkan api.
  5. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
  6. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan.
  7. Apabila santan mendidih masukkan pula sotong.
  8. Jangan masak sotong terlalu lama, bila mendidih masukkan pula jus asam jawa dan rasa dulu garam barulah di padamkan api.

Sumber  : kepada pemilik resepi

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Resepi Sotong Masak Kari http://banyakresepi.blogspot.my/

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Sotong Masak Kari"

Post a Comment