Tak cuba rugi tau..
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sumber : FB Razali Mohamad Said
Jom tengok cara buat, di bawah..
Bahan-bahan:
1) Ikan Tenggiri
(ikan pari/ kembong pon bleh)
2) Daun pisang
3) Daun kunyit
4) Daun limau
5) Daun kesum
6) Bunga kantan
7) Limau nipis
Bahan-bahan di kisar:
1) Daun kunyit (2 helai)
2) Daun limau (5-7 helai)
3) Daun kesum (2-3 tangkai)
4) Bunga kantan (1 batang)
5) Bawang merah (5-7 biji)
6) Bawang putih (3-4 biji)
7) Halia (2-3cm)
8) Serai (1 batang)
9) Cili kering 10-15 tangkai(rendam dulu 5-10 minit)
kalau nak lagi pedas tambah cili padi
10) kunyit hidup (2-3cm)
Taruk air limau nipis (lemon pun boleh), garam/gula.
Kemudian perap ikan 5-10 minit
Daun pisang dicuci dulu dan di keringkan (lap)
Kemudian daun pisang disagai
(kenakan api supaya daun jadi lembut senang nak bungkus nanti)
Daun pisang dilapis dua supaya tidak bocor bila bungkus
Taruk ikan beserta rempah
Bungkus rapi dengan toothpick
(jangan pakai stapler aniaya punyer kes nanti)
Bakar dalam oven, kalau nak pakai "happy call" bakar pun boleh
(sori bungkus tak hensem)
Bakar dalam oven 200°C 20-30 minit
Tengok saiz ikan, kalau besar 30 minit
Sedia di hidang beserta nasi putih panas-panas, alhamdulillah
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Pais Ikan Tenggiri (SbS)"
Post a Comment