Resepi Ayam Masak Lemak Negeri Sembilan | Mari masak ayam masak lomak nismilan paling simple. Walaupun ada antara pengunjung bukan orang nismilan, bukanlah haram nak makan masak lomak ni... Hehehe
Jom la cuba buat, best tauuu...
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sumber : FB Cuq Keria Yusof
Kunyit hidup
Cili api ikut suka. Lagi podeh lagi sodap
Garam... tumbuk sampai hancur
Masukkan dalam kuali dengan serai yang dititik
Masukan ayam, masak api sederhana untuk proses mengecut. Proses ini akan mengeringkan air dan menghilangkan hanyir ayam dari darah ayam
Masak lah camni sampai kecut atau air dah hampir habis keluar dari ayam. Dalam 5-6 minit gitu
Masukan santan. Sorry santan beku dalam peti sejuk. Masukan air jika santan pekat cukup-cukup untuk tutup ayam.
Tunggu sehingga dalam masa 4-5 minit baru masukkan kentang.
Masaklah sampai kentang empuk.
Dah siap.
Masak lemak ni ada banyak version ikut daerah. Selalu orang pilah akan masak macam ni. Kalau daerah lain dia akan blender kan sekali bawang untuk bagi pekat.
Kalau suka ada rasa masam-masam masukkan lah tomato sebiji belah 4.
Kalau tak suka kentang, masukkan sayur lain terung ke, pucuk ubi ke, apa je lah kita suka.
Sekian.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share...
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Ayam Masak Lemak Negeri Sembilan (SbS)"
Post a Comment