Resepi Soto Madura Sedap | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Soto Madura Sedap

Resepi Soto Madura Sedap | Kenali asal usul resepi ini. Soto Madura ialah sejenis soto yang berasal dari daerah Madura, Jawa Timur. Bahan-bahan dasar soto ini terdiri daripada daging lembu, telur rebus, kentang goreng dan tauge, dengan ramuan-ramuan ketumbar, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, buah keras, jeruk purut, dan garam secukupnya.

Cara membuatnya adalah dengan merebus daging lembu sehingga masak (disisihkan). Ramuan-ramuan yang telah dihaluskan kemudian dimasukkan bersama-sama serei ke dalam air rebusan daging, dan dimasak sehingga kuahnya mendidih. Kuah itu ditaburi daun bawang, daun saderi dan bawang goreng campur sedikit bawang putih, dan dihidangkan bersama-sama sambal soto dan hirisan-hirisan jeruk nipis. 

Jom kita cuba membuatnya, resepi seperti di bawah.

Bahan-bahannya:
  • 6 ketul dada ayam ~ di lumur garam dan kunyit kemudian di goreng
  • 4 ketul kepak ayam
  • 1 biji kelapa ~ diambil santannya atau boleh guna 1 kotak santan KARA
  • 1 sudu besar kerisik kelapa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah SOTO
  • 6 ulas bawang merah ~ dikisar
  • 3 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 1 inci kunyit hidup ~ dikisar
  • 2 inci halia ~ dikisar
  • 1 inci lengkuas ~ dikisar
  • 1 inc kunyit hidup ~ dikisar
  • 4 tangkai cili kering ~ dikisar
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 kiub ayam

Cara penyediaanya:
  1. Dada ayam di lumur dengan garam dan kunyit, kemudian di goreng
  2. Setelah sejuk sedikit di siat-siat halus. Larikan 1 ketul dada ayam untuk di jadikan begedil ayam.
  3. Dalam periuk, pijarkan minyak, kemudian tumiskan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum
  4. Kemudian, masukkan bahan yang di kisar dan 2 batang serai yang di titik
  5. Masak hingga garing, pastikan memasaknya hingga garing untuk menghilangkan bau maung nanti.
  6. Bila dah garing, masukkan rempah soto dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  7. Tumis ni biar lama sedikit. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
  8. Rencah soto ni nak kena masak hingga betul-betul garing.
  9. Setelah garing dan terbit minyak, masukkan air secukupnya.
  10. Kemudian masukkan kepak ayam dan kiub ayam.
  11. Masak hingga ayam empuk dan kuah mendidih
  12. Kemudian masukkan santan dan kerisik
  13. Masak lagi hingga kuah mendidih sekali lagi
  14. Perasakan dengan garam
  15. Bila kuah dah sempurna bolehlah dighidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama SOTO ni tadi.

Bahan yang di makan bersama SOTO
  1. Sambal kicap
  2. Taugeh
  3. Nasi impit secukupnya
  4. Kacang goreng
  5. Daun sup dan daun bawang ~ dihgiris halus
  6. Bawang goreng
  7. Begedil ayam atau daging

Oleh : Azlita

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Resepi Soto Madura Sedap http://banyakresepi.blogspot.my/

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Soto Madura Sedap"

Post a Comment