Resepi Paprik Sotong Sedap | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Paprik Sotong Sedap

Resepi Paprik Sotong Sedap | Jom kita cuba pula sotong masak paprik. Biasa dah makan ayam masak paprik kan. Sesekali tukar, apa salahnya.. huhuu

Jom cuba, perghh...sedappp!!

Bahan-bahan:
  • 2 ekor sotong besar - bersihkan dan potong
  • 1/2 sk cili blend
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cubit garam
  • 1/2 sk gula
  • Serbuk perasa
  • 1 btg serai - ketuk
  • 1 biji bawang putih - ketuk
  • 1/2 biji cili besar potong serong/kalau nk pedas cili padi - ketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/4 cwn air
  • Carot/batang kailan

Cara:
  1. Campur sos tomato, sos cili, sos tiram, gula, garam dan air dalam satu bekas dan kacau rata.
  2. Sotong di goreng kejap, angkat ketepikan.
  3. Buang sikit minyak tumis bawang putih, cili blend sampai garing, masuk bahan campuran tadi, serai, carot/batang kailan, daun limau purut, cili besar dan sotong yg di goreng tadi
  4. Perasakan garam jika kurang, kemudian angkat dan hidangkan.

Sumber  : kepada pemilik resepi

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Resepi Paprik Sotong Sedap http://banyakresepi.blogspot.my/

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

2 Responses to "Resepi Paprik Sotong Sedap"

  1. sedapp..terima kasih kongsi resepi

    ReplyDelete
  2. Apa sahaja yang saya ambil daripada awak.saya ambil yang haq semata-mata tiada yang lain dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete