Resepi Asam Pedas Johor (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Asam Pedas Johor (SbS)

Salam hujung minggu. Siapa suka asam pedas?harini saya nak share resepi Asam Pedas Joho dengan kubis masin. Yang ni versi kuah pekat.disini ada gambar tutorial step memasaknya,bukan apa beginner mcm saya lebih sng paham bila bentuk begambar.

Mungkin cara saya simple sikit sebab dulu sangat la sendu tiap kali buat asam pedas. Cairrrr je.Lepas blajo on-going dengan mak baru betul rasa nye.hehe.


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : FB Khairun Nadiah Minhad

Selamat Mencuba.. 
Silakan Share..

Cara:

1. Blend bahan bertanda sampai halus.

2.Tumis bahan blender hingga terbit minyak.masukkan garam sekali supaya bahan tumis cepat garing

3. Tuangkan air asam jawa pekat-pekat

4.Biar 5min hingga naik bau

5. Masukkan ikan. Gaul kasi rata, baru masukkan air. Kalau nak pekat letak sikit.kalau suke jenis cair, lebihkan air.

6. Masukkan kobis masin, daun kesum, perasa dan gula.

7. Adjust rasa hingga sedap di tekak. ada masam, pedas, masinnya.

8. Dah siap! jommm makan

Boleh ikuti gambar di bawah

Resepi Asam Pedas Johor http://banyakresepi.blogspot.my/


Bahan-bahannya..:

Bahan (utk 2 org makan)

1. Ikan merah saiz sederhana
** cili kering 15 tangkai
**bawang besor 1
**bawang kecik 3 bijik
**bawang putih 3 bijik
** halia 1 inc
**kunyit 1 inc
Asam jawa sebesor bola pingpong (bole camtu?)
Kobis masin ikut selera (saya rebus kejap utk hilangkan rasa bahan pengawet tu.kalau xsempat,basuh dengan air bersih2)
Daun kesum
Gula 1 sdb
Garam 1sdk
Serbuk perasa 1 sdk



1.Blend bahan bertanda hingga halus.

2. Panas kan minyak.lebih/kurang 1 cawan.untuk tumis biar banyak supaya lada betul2 masak dan warna yang cantik

3. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan garam.tujuan supaya bahan tumis lebih cepat garing



Masukkan air asam.campurkan asam jawa tadi dengan 1 cawan air. Tuang sikit2,jangan semuakan nt masam sgt.dah last nanti baru rasa.biar pekat2. baru la sedap pes kita ni nanti. 

Kemudian biar dalam 5min hingga naik bau dan warna berubah gelap sikit



Bila pes (lepas dimasukkan air asam jawa) dah pekat dan warna gelap. masukkan ikan. haaa ni la twist dalam resepi ni. gaul perlahan-lahan ikan dengan pes biar rata.



Dah gaul rata ikan dan pes tadi.baaaaru masukkan air biasa.yang ni PENTING.kalau nak kuah pekat.letak la dalam 2 cawan atau kuah tu serap-serap ikan je. Kalau peminat asam pedas cair.lebihkan air.

Last sekali.masukkan kobis masin,daun kesum.kalau xde daun kesum nak guna bunga kantan pun bolehh.tapi pada saya,the origin is daun kesum.

Perasakan dengan bahan perasa dan gula.jangan banyak sangat gula.kang manis jadi masak pedas manis pulok.heee.

Api kecikkk je.ikan merah kan spesis daging lembut.sooo bila api kecik ikan lagi masak sekata.masak hingga mendidih blub blub blubbb bunyi diaaa.



Tadaaaaaa.alhamdulillah dah siap pon asam pedas kobis masin kita. Senang tak?harap2 lepas ni ramai la yang boleh masak asam pedas yang simple tapi sedap (eleh perasan lettuw)

Selamat Mencuba.. 
Silakan Share..



About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Asam Pedas Johor (SbS)"

Post a Comment