Resepi Kuah Yong Tau Fu (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Kuah Yong Tau Fu (SbS)

Resepi Kuah Yong Tau Fu | Yong tau fu (juga dieja yong tao foo, yong tau foo, atau yong tau hu) ialah sejenis hidangan sup Cina Hakka yang kerap didapati di Singapura dan Malaysia.

Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini. Pokoknya, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau ayam, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh." Sejak itu beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sedemikian, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian.

Hakka Yong Tau Fu

Versi Hakka Yong Tau Fu dikatakan sebagai versi original. Hakka Yong Tau Fu ini mengandungi kiub tau fu yang telah dibubuh daging cincang (lazimnya daging ikan ataupun ayam) dan herba. Setelah itu, yong tau fu itu digoreng sehingga berwarna perang-keemasan , kadang-kadang direbus. Variasi termasuk penggunaan pelbagai campuran sayur-sayuran termasuk terung, cendawan shiitake, dan buah melon diisi dalam cincangan daging yang sama. Secara tradisional, yong tau foo dihidangkan dalam rebusan kacang kuning bersama-sama dengan buah melon pahit dan cendawan shiitake.


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Jom buat kuah nya

Bahan-bahannya:
  • tangkai cili kering
  • gula melaka atau 2 sudu gula merah
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara:
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. jangan lama sangat ye nanti hangus dan hasil pun kurang sedap
  2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. tapis supaya hasil pun cantik
  3. Panaskan air bersama gula melaka. tapis ye takut ada pasir-pasir halus.
  4. Kemudian cili yang telah dikisar tadi dan air gula serta belacan. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).

Resepi Chee Cheong Fun

  • 100gm tpg beras
  • 1 sudu besar tpg ubi
  • 365ml air
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu kecil minyak masak

Cara-cara:

  1. Campur kesemua bahan dlm bekas kacau sebati...kukus seperti mana nak buat laksam...

Resepi Kuah Yong Tau Fu http://banyakresepi.blogspot.my/


Bahan-bahan untuk kuah yong tau fu.. belacan bakar lagi sedap



Yang ini campuran air gula melaka, dan campuran cili kering yang dikisar tadi.. saya campurkan kesemuanya



dan inilah hasilnya...



Rebus semua pekakasan di bawah, dah curahkan kuah yang dibuat tadi. 

Selamat Mencuba.. 
Silakan Share..



About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Kuah Yong Tau Fu (SbS)"

Post a Comment