Cara Mudah Buat Mayonis | Assalamualaikum semua.. selamat beristirahat dihujung minggu..
Mana yang tiada buat apa-apa aktiviti.. apa kata jom belajar buat mayonis sendiri.. senang je.. betul.. mudah yang amat.
Lagi pula tidak ada mengandungi bahan pengawet.. rasa tak was-was nak bagi anak makan kan.. selamat kan..?
Bermanfaat untuk semua, sangat bermanfaat untuk penjual-penjual burger atau sesiapa sahaja yang berhadapan dengan penggunaan mayonis. Jimat kos daripada beli di kedai.
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sumber : FB Nur Hanim
Selamat Mencuba..
Silakan Share..
Sediakan satu sudu kecil garam.
Saya pakai cuka ni je.. nak cuka lain pun boleh.
Dua sudu besar cuka.
Dua sudu besar gula.
Dua biji telur... saya guna telur yang bersaiz besar..
Satu cawan minyak masak.
Campurkan kesemua bahan tadi.. lepas tu kita bland je pakai blander jus..
Dah gebu.. mcm krim..
Panaskn kat dalam kuali..perlahan kan sedikit api.. takut mayonis kita jadi hangit pulak..
Jangan lupa sentiasa gaulknnya ya.
Dah siap macam ni .. memang berketul-ketul sedikit.. kita tapiskan sedikit minyak..
Dan kita bland sekali lagi sampai mayonis kita betul-betul jadi krim...
Tadaaa !!.. dah simpan dalam botol. Boleh la simpan dalam peti ais..
Selamat Mencuba..
Silakan Share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
Guna telur organik,telur yg boleh dimakan.X perlulah dimasak atas dapur
ReplyDelete* telur yg boleh dimakan mentah
DeletePernah try buat mmg puas hati sbb xda bhn pengawet dan jimat hehe
ReplyDeleteboleh try ni ank2 suka mkn
ReplyDeletetq 👍
ReplyDelete