Resepi Maggi Ketam Lazat | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Maggi Ketam Lazat

Resepi Maggi Ketam Lazat | Entri mi maggi ketam ni yang cm masak pagi tadi. Plan nak buat semalam, tapi tak jadi sebab dah masak benda lain. Pagi tadi cm masak awal, jadi untuk sarapan cm buat mi maggi ketam. Guna mi maggi kari, kalau perisa tomyam pun sedap juga.

Bahan-bahannya:
  • 1 paket mi maggi perisa kari, asingkan perencahnya
  • 1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daun
  • 1 biji telur
  • 1 ekor ketam bunga, cuci bersih dan kerat 2
  • 1 camca besar sambal tumis
  • 1/2 camca besar sos cili
  • 1/4 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 hirisan nipis halia
  • Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan
  • Hirisan cili merah, untuk hiasan
  • Limau kasturi, belah 2, untuk hiasan
  • Sebiji tomato ceri, dibelah 4, untuk hiasan

Cara penyediaannya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1 camca besar), tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, tambah sambal tumis dan sos cili, kacau rata dan tuang air, biar mendidih.
  2. Masukkan ketam dan masak hingga ketam berubah warna (kurng lebih 5 minit).
  3. Angkat ketam tadi dan ketepikan.
  4. Masukkan telur dan kecilkan api, masak hingga telur mengeras.
  5. Tambah batang sawi dan mi maggi, kacau perlahan dan masak hingga mi lembut.
  6. Masukkan serbuk lada hitam dan daun sawi, kacau rata dan masak sekejap. Jika suka kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air.
  7. Tuang mi maggi ke dalam mangkuk yang sesuai, letakkan ketam tadi atasnya, tabur dengan hirisan daun sup dan cili merah. Letak limau kasturi dan hidangkan segera.

Sedap dimakan panas...meleleh air liurr!!!....hmmm.. Selamat mencuba!!!...

Oleh : Mat Gebu

Selamat Mencuba.. 
Silakan Share..

Resepi Maggi Ketam Lazat http://banyakresepi.blogspot.my/

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Maggi Ketam Lazat"

Post a Comment