Resepi Churros Bersama Coklat Dip (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Churros Bersama Coklat Dip (SbS)

Resepi Churros Bersama Coklat Dip | Hye sayang-sayang semua.. hihi macam dah lama tak jumpa aje kan kan...  hari-hari cuti ni jom kita men Churros with Choc Dip.. ni Churros versi saya la ye.. cara saya seperti biasa la kalau boleh yang paling mudah dan cepat... yang penting sedap..


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : FB Aisha Shukor


Jom stat masak jom...

Resepi Churros Bersama Coklat Dip http://banyakresepi.blogspot.my/


Ni bahan-bahan dia..texture churros ni mesti rangup diluar, lembut di dalam.. so siapa yang tak pernah try buat lagi, sila ikut sebijik-sebijik yang saya buat ni ya.. cam cikgu besau pulak

• Air satu cawan

• suku petak buttercup

• satu sb gula custor

• suku sk garam

• satu mangkuk kecil tepung gandum

• sebiji telur Gred A pada suhu bilik



Satukan air, butter, gula dan garam dalam periuk or kuali.. didihkan sampai butter cair..



Dah mendidih, kecilkan api dan masukkan tepung sikit-sikit sambil kacau sampai la adunan tak melekat di dinding kuali



Kacau jangan sampai berketul-ketul..tengok kalau tepung tu banyak sangat, tak perlu habiskan ya



Dah dapat texture macam ni.. tutup api



Alihkan dalam mangkuk dan biar sejuk dalam 5 minit..

Bila dah sejuk, lubangkan tengah adunan dan pecah sebiji telur tu.. jangan gopoh ye.. sebab kalau adunan masih panas, nanti telur tu masak pulak n churros takkan kembang.. uli la sikit ye..



Pastu masuk dlm piping bag dengan nozzle bintang besar tu.. beli kat kedai jual bahan-bahan buat kek ye.. nozzle tu RM2.90 dan piping bag tu RM4.90 (5 bags).. haa clear kan kan.. haha



Amik baking paper or dulang ke pinggan ke tempat nak pipe kan churros kita.. tabur sikit tepung supaya tak melekat



Pipe kan la macam ni.. panjang mana ikut suka uolls la ye.. hujung skali tu, potong la pakai pisau



Sambil buat adunan tadi tu siap la panaskan minyak setengah kuali.. dan bila dah betul-betul panas, goreng la churros tu sampai kuning cantik



Macam ni.. haaa cantik ke?.. angkat la atas kitchen tissue.. biar sejuk sikit



Ikut la nk hias camne.. saya hias macam makan kt Mozer's Bukit Jelutong.. dan bila dah letak dalam gelas camni, sprinkle la dengan gula aising



Ok ni cara nak buat choc dip.. didihkan 4 cawan air dalam kuali.. bila dah menggelegak ganas, tutup api.. amik mangkuk or baking tray, letak coklat bar dan butter dua sudu..



Ni kaedah double boil untuk dipping sauce ya.. biar la cair dan kacau sampai cantik berkilat camni..



Siap!



Haaa ni cara nak mkn Churros.. ahhahha..jangan kecam say ye..hehe..

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Churros Bersama Coklat Dip (SbS)"

Post a Comment