Resepi Ketam Masak Cili | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ketam Masak Cili

Resepi Ketam Masak Cili | Tentang ketam : Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m.

Kali ni kita masak ketam pula. Nak masak apa? Ketam Masak Cili.. Umpph!!...

Jom masak jom..

Bahan-bahan:
  • Ketam Segar (digoreng bersama serbuk kunyit+garam)
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato (agak-agak ikut berapa ekor ketam yang nak dimasak)
  • Hirisan halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 5 ulas bawang merah
  • Garam,gula dan serbuk perasa serta cuka.

Cara:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai sehingga wangi 
  2. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula dan cuka.
  3. Kemudian masukkan ketam dan gaul seketika. 
  4. Angkat hiaskan!
Tadaa!! Siap!!.. senang saja kan?


Sumber : Resepi Ketam

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Resepi Ketam Masak Cili http://banyakresepi.blogspot.my/

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ketam Masak Cili"

Post a Comment