Resepi Roti Naan Cheese | Malam-malam camni makan roti naan cheese cicah kari ayam/daging.. pehh layann...
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : FB Suhaiza Js
Jom la cuba...
Bahan-bahan :
• 300g tpg gandum
• 1 1/2 st yis
• 2 sb gula
• 1 st baking powder
• 3 sb minyak
• sedikit garam
• 100ml susu sgr suam
• cheese mozarella
Campur yis + 1 sb gula + sedikit air suam..
Biarkan sekejap..
Sampai berbuih-buih macam ni..
Sementara itu.. campurkan tepung + minyak + 1sb gula + garam + baking powder... gaul dan ramas-ramas bahan-bahan ini
Kemudian masukkan susu suam sikit demi sedikit.. ikut kesesuaian.. kalau doh tak melekat di tangan ok la 2....
Saya habiskan ja 100 ml susu tu...
Memang agak lembik.. tapi teruskan menguli sampai doh ok macam ni..
Letak dog di tempat panas supaya cepat kembang... i letak ja atas pemanas air ni... kreatif tak?..hehe
Tutup dengan kain.. biar dalam setengah jam atau lebih..
Doh dah kembang..
Bulat-bulat kan... dapat 6 ketui...
Tabur dengaa sedikit tepung... biar dalam 10 minit
Tutup dengan kain..
Kemudian canai...
Then letak cheese sesuka hati lah banyak mana..
Tutup balik doh...
Canaikan doh tadi balik slow-slow.. takut cheese terkeluar..
Panaskan non stick pan..
Guna api slow...letak doh yang dah leper 2.. tutup dengan penutup periuk
Dia akan mgelembung.... don wori... biarkan ja....dah masak bahagian bawah..tebalikan pulak.. tutup..
Dah masak!!.. siap untuk di ngap!!.. nak efek cheese tarik tertarik letak la cheese tu banyak-banyak.. huhu.
Cicah kari ayam/daging.. pheuww... nyummm..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Roti Naan Cheese (SbS)"
Post a Comment