Resepi Udang Masak Serai | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Udang Masak Serai

Resepi Udang Masak Serai | Kali ini admin akan kongsikan resepi Udang Masak Serai yang sedap. Ianya sangat mudah untuk disediakan memandangkan tak banyak bahan yang digunakan dalam membuat udang masak serai ini. Namun rasa dan aromanya tak dapat diabaikan begitu saja. Pasti lauk untuk makan tengahari keluarga anda akan lebih bermakna. Selamat mencuba!!!

Bahan-Bahannya:
  • 500 g udang saiz sederhana - Nak guna yg saiz besar pun boleh. (Lagi sedap.. haha)
  • 1 mangkuk santan
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji bawang besar - potong bulat
  • 2 biji cili merah - potong dua dan hiris kulitnya memanjang

Bahan Kisar Halus:
  • 4 batang serai - dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 cm halia

Cara-Caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi dan agak garing.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukk bawang besar dan cili merah. Masak hingga separuh lembut.
  5. Masukkan udang. Masak dalam 5 minit.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  7. Tutup api dan hidangkan.

Oleh : FB Resepi Udang Masak Serai

Selamat Mencuba.. 
Silakan Share..

Resepi Udang Masak Serai http://banyakresepi.blogspot.my/

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Udang Masak Serai"

Post a Comment