Resepi Fettuccine Carbonara Enak | Harini tiba-tiba ada tetamu nak datang, kebetulan kat luar beli barang dapur terus je beli barang-barang yang senang nak masak. Fettuccine Carbonara
Disini saya sertakan resepinya ya. Ini cara saya. Simple tapi marvellous
P/s : sy cuma letak garam secubit rasa, blackpepper dan parsley flakes untukk perisa.
Abah mertua cakap "huyyoo eliss terlajak laku" siap bagi thumbs up (bukan senang dpt pujian pak mertua oii).. huhuu
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sila share dan cuba buat ok...
Sumber : Aless Roslee
Ni gambar kuah belum pekat lagi. (Tak sabar) Sepatutnya pekatkan dulu ok
Mula-mula beli bahan-bahan kat giant. Saya guna prego cheese & herbs juga carbonara.
Bahan-bahan diperlukan:
1) Ayam kisar
2) Fettucine San Remo
3) Prego Cheese & Herbs
4) Prego Carbonara Mushroom
5) Cendawan slice
6) Susu cair F&N
Mula - mula rebus dulu fettuccine ni.
Letak minyak sikit eh.
Kasi kilat dan lerai (tak melekat)
Tumis sebiji bawang holland yang telah dipotong dadu.
Toskan kepingan cendawan, potongan sosej, dan chicken slice
Kemudian masukkan bahan-bahan ayam kisar, hirisan daging ayam.
Masukkan sosej yang dah dipotong.
Lepas tumis lepas naik bau sedap, masukkan Prego cheese & herbs dan gaul.
Then masukkan Prego Carbonara mushroom & gaul sebati.
Pastu masukkan susu cair F&N
Biarkan mendidih smpai kuah menjadi pekat, pastu masukkan parsley flakes.
Agak-agak nak banyak mana tapi jangan banyak sangat nanti tak sedap. hehe
Taraaaa dah siap.
Tapi kuah belum pekat lagi time ni. X sabar nak haplod. Haha
Selamat mencuba..
Jangan lupa Share...
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Fettuccine Carbonara Enak (SbS)"
Post a Comment