Resepi Kupang Serai & Sambal Ayam | Dek kerana letih badan yang semalam tak hilang lagi, so harini terus masak brunch yang simple-simple aje.. Kupang Tumis Serai dan Sambal Ayam.. Pekena dengan nasi panas aduhaii.. Alhamdulillah.. Selamat Berhujung minggu sayang smua
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sumber : FB Aisha Shukor
Goreng ayam sampai garing
Minyak goreng ayam tu tumis bahan blend (suku genggam cili kering, bawang besar dua biji, bwg putih 3 ulas dan belacan sikit.. tumis sampai garing
Masuk asam keping dua keping, garam dan gula secukup rasa
Dah masak elok cantik macam ni masuk ayam dan balik-balik kan..siap!
Tadaa.... Siap.. Jom masak kupang pula.
Bahan-bahan kupang tumis:
Blend cili api ikut suka, beg besar sebiji, bawang putih 3ulas,halia sikit,kunyit hidup hujung ibu jari
serai sebatang dititik
asam jawa besar suku bola pingpong
Panaskan minyak dua sudu,tumis bahan blend sampai naik bau
Masuk serai
Masuk air asam jawa setengah mangkuk.. biar mendidih.. masuk garam secukup rasa
Masuk kupang.. klaau takde kupang, ganti dengan lala or kerang pun boleh..
Tutup kuali dan masak dalam 8 minit..siap!
tadaaaa...
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Kupang Serai & Sambal Ayam (SbS)"
Post a Comment