Resepi Siakap Stim ala Che'Man (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Siakap Stim ala Che'Man (SbS)

Resepi Siakap Stim ala Che'Man | MemBesaq Hajah Rahmah Ghazali demam balik umrah nie, seminggu dah tak lalu makan, dia nak makan masam masam, jadi nindia Siakap Stim ala Che'Man dari anakanda tercinta... Kikiki.


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : FB Shamshul Azman Haris Fathilah




Bahan bahan yang diperlukan:

√ Ikan Siakap 

√ Air Beras (untuk basuh ikan)

√ Asam boi

√ Serai ,halia, lengkuas, bawang putih, bawang besar, cili padi, tomato, daun bawang 
(tu je ada, boleh pakai ketumbar or daun limau), 

√ Asam keping..

√ Garam

√ Limau nipis



Panaskan air..



Masukkan semua bahan kecuali tomato & cili api + perahan limau nipis + garam secukup rasa



Masukkan ikan siakap



Tudungkan kuali untuk ikan masak sekata..



Tambah asam keping.. Ikan dimasak 15-20 minit



Bila ikan sudah masak, asingkan..



Potong tomato, cili padi & hirisan daun bawang



Tuang atas ikan... Boleh buatkan hiasan.. Siap!!

Selamat mencuba...
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Siakap Stim ala Che'Man (SbS)"

Post a Comment