Resepi Makaroni Bakar Sedap (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Makaroni Bakar Sedap (SbS)

Resepi Makaroni Bakar Sedap | Assalamualaikum. Hakak Ros nak payungkan resepi kegemaran keluarga. Anak-anak cukup suka bila dapat maakn Makaroni Bakar. 


Resepi yang sedap daripada sahabat novel Hakak Ros.

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)

Sila share dan cuba buat ok...

Sumber : Rosni Musa


Makaroni Bakar.. enak dimakan bersama mayonis & sos kegemaran. Yummehh!

Resepi Makaroni Bakar Sedap http://banyakresepi.blogspot.my/2016/02/resepi-makaroni-bakar-sedap.html


Bahan-bahannya:

• 250gm makaroni direbus 
• 250gm daging cincang 
• 10 biji telur 
• 2 sudu besar rempah kari daging
• Bawang bsr didadu 
• Bawang putih didadu 
• Cili benggala didadu 
• Lobak merah dihiris memanjang 
• Daun sup di racik 
• Cheddar cheese secukupnya 
• Sedikit Maggie secukup rasa, garam, gula



Panaskan sedikit minyak. tumis bawang besar & putih sehingga layu...



Kemudian masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh dengan sedikit air. 

Tumis sehingga pecah minyak...



Bila dah pecah minyak, masukkan pula daging cincang. gaul sebati sehingga daging masak...



Kemudian masukkan lobak merah dan cili benggala. Kacau seketika..



Masukkan pula makaroni dan gaul sebati..



Last sekali masukkan daun sup. Kemudian padamkan api gas. biarkan sejuk seketika..



Dah suam-suam.. pecahkan telur...



Kacau biar sekata..



Alihkan makaroni ke dalam caserol yang telah disapu dengan sedikit marjerin.. ratakan makaroni tadi..



Taburkan cheddar cheese sehingga menutupi keseluruhan makaroni. 

Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu..



Bakar makaroni pada suhu 170'c selama 40 minit atau sehingga masak. 

Suhu mengikut kepanasan oven masing2-masing ok. 

Dah siap boleh dihidangkan..


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Makaroni Bakar Sedap (SbS)"

Post a Comment