Resepi Ketam Butter Telur Masin (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ketam Butter Telur Masin (SbS)

Resepi Ketam Butter Telur Masin | Siapa yang tengah cari idea mahu masak apa hari ini.. try ketam butter telur masin ni.. susah mahu berenti makan ooo...saya sharekan resepinya di bawah ya.. kita main masak-masak dulu hari ni..lebih jimat kan

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)

Sumber : Pemilik resepi


Resepi Ketam Butter Telur Masin http://banyakresepi.blogspot.my/


Mula-mula bersihkan ketam dulu lah, buang rambut-rambutnya. 

Tinggalkan kulitnya, sayang tu telur-telurnya kalau dibuang. 

Lepas tu lumurkan tepung jagung dengan sedikit garam. 
(Garam ni perlu untuk mengelakkan isi ketam ni melekat dikulitnya)

Lepas tu goreng la ketam tu dalam minyak yang banyak.. jangan terlalu masak , hilangla rasa manis ketam tu nanti



Sediakan bahan2 tumis ni. Bawang putih cincang halus, cili padi dan daun kari. Susu cair dan butter.(cili padi ni ikut kita la mahu letak sikit ka banyak, banyak nanti susah pula budak-budak mahu makan kan?)

Sebelum itu rebus telur masin kuantiti ikut suka kita. Kalau mahu lebih sedap, lebihkan telur masin. Saya gunakan 4 biji telur masin. Asingkan kuning telur masin tadi dan blendkan dengan susu cair. 
(Kita cuma gunakan kuning telur ya)



Sediakan kuali untuk menumis, masukkan butter menggantikan minyak. 
Setelah minyak panas masukkan daun kari terlebih dahulu. Bila daun kari agak garing masukkan bawang putih dan cili padi. Bila sudah naik bau masukkan susu cair yang sudah diblend dengan kuning telur dan perasakan . 
Begini lah rupanya sebelum kita masukkan susu cair.



Masukkan ketam yang sudah digoreng tadi. Gaul jangan berhenti.. 
Kalau mau lebih kering tumiskan lama sedikit tapi kalau mahu sedikit berkuah.. 
Agak-agak sudah pekat kuah tu matikan lah api.



Sekarang ketam sudah sedia untuk di makan.. saya lebih suka yang berkuah sedikit.. 
(Resepi ni boleh digunakan untuk udang atau pun ayam, cuma kalau ayam biasanya tidak dicampur telur masin)

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

1 Response to "Resepi Ketam Butter Telur Masin (SbS)"

  1. Good job...an interesting information about sertain menu.

    ReplyDelete