Resepi Puding Cendol Gula Melaka (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Puding Cendol Gula Melaka (SbS)

Resepi Puding Cendol Gula Melaka | Ini salah satu posting yang memiliki reach yang tinggi di page Aneka Resepi Masakan iaitu semasa post ini dibuat, resepi ini mendapat jumlah 2,230,082 people reached, 34,425 shares dan 4, 802 Likes.

Oleh itu, admin masukkan di sini sebagai memudahkan pencarian oleh anda di masa akan datang. Jom try jom..


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)

Step 1: Bahan A:
  • 10gram serbuk agar agar
  • 150-200gram cendol
  • 4cawan air
  • 1cawan gula
  • 1kotak santan brand KARA
  • 1st garam
Cara Penyediaan :

  1. Didihkan 4 cawan air. masak agar agar. kemudian masukkan 1 cawan gula, masak hingga agar & gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yang sudah ditapis airnya. tunggu mendidih sat . . tutup api.
  2. Masukkan santan kotak, kacau rata. kemudian masukkan garam. kacau rata sehingga semua sebati.
  3. Masukkan dalam acuan, sejukkan. selepas puding beku, Corak carikkan dengan garpu di permukaan atas. sebab kat atas ni nak letak adunan gula melaka.

Step 2: Bahan B:
  • 10gram serbuk agar agar
  • 5 cawan air
  • 200g gula melaka *potong kecik
  • 3 helai daun pandan

Cara Penyediaan :
  1. Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk . . masak dengan api yang perlahan, supaya daun pandan sempat kuar bau dan aromanya.
  2. Selepas mendidih . . TAPIS dan tuang ke dalam bekas Puding cendol tadi. sejukkan normal dalam 30 minit. selepas tu boleh lah masuk dalam peti ais

Tips untuk acuan :
  1. Basahkan dengan sedikit air. supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong

By : Nea Elyanie


Selamat Mencuba.. 
Silakan Share..

Resepi Puding Cendol Gula Melaka http://banyakresepi.blogspot.my/





About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Puding Cendol Gula Melaka (SbS)"

Post a Comment