Resepi Popia Kentang Bertelur | Assalamualaikum baru First time nak share resepi... Popia Kentang bertelur nama di beri
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sumber : FB Tie Dabella
Jom tengok cara buat, di bawah..
Rebus ubi kentang (sekati = 600gm) sehingga empuk
Buang kulit dan lenyek ubi sampai macam ni k.
Daun bawang/daun sup seikat, cabai merah sebiji dan bawang besar seulas di potong halus
Masukkan 5 biji telur dan garam secukup rasa gaul sehingga sebati...
Masukkan hirisan tadi dan gaulkan
So jadi mcm ni bila dah sebati
5/6 ulas bawang putih di tumbuk biar kasar jangan halus sangat.
Tumis bawang putih tadi.
Masukkan adunan tadi ke dalam tumisan bawang putih tadi kacau sehingga kentang dan telur masak di atas api yang perlahan ya takut hangit
Rupanya macam ni bila dah masak dan keluar bau yang menyelerakan
Inilah rupa inti kentang bertelur
Saya gunakan kulit popia..
Letak inti sesudu dan gulung ikut cara tersendiri ya.
Adunan tadi saya boleh dapat 27 biji popia kentang bertelur
Tadaaaa dah siap goreng
Inilah hasilnya apa lagi selamat menjamu selera..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Popia Kentang Bertelur (SbS)"
Post a Comment