Resepi Rendang Daging Best!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Rendang Daging Best!!


Bahan-bahannya:


  • 1 kg daging dihiris
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • 2 batang serai
  • 3 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 10 tangkai cili kering ( rebus dahulu)
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1/2 jintan manis
  • 1/2 jintan putih
  • 1/2 lada hitam
  • ( kisar semua bahan di atas kecuali daging 😁)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun kunyit
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk air
  • 1 helai asam keping
  • 3 sudu makan kerisik


Cara penyediaannya:


  1. Tumis bunga lawang sehingga naik bau, kemudian masukan bahan2 kisaran tadi. Tumis sehingga betul2 pecah minyak.
  2. Masukan daging kacau sehingga sebati dengan rempah tumisan tadi, kemudian masukan santan pekat biarkan seketika sehingga agak menggelegak.
  3. Masukan kerisik, asam keping, perisa garam dan gula beserta air.
  4. Apabila kuah nak kering barulah masukan daun kunyit dan daun limau purut.
  5. Masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak.
  6. Selamat mencuba!!..


Oleh : fb
Resepi Rendang Daging Best!!

Resepi Rendang Daging Best!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Rendang Daging Best!!"

Post a Comment