Resepi Ikan Kerisi Kicap Pedas!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Ikan Kerisi Kicap Pedas!!


Terima kash pada Pak Engku kerana selalu memudahkan kerja memasak ita di dapur.. Kerja memasak ita lebih mudah dan ringkas.. tak payah lagi pening kepala.. dan hasilnya memang tak pernah mengecewakan..

Keistimewaan masak kicap Pak Engku kerana menggunakan rempah ratus.. Ita memang cukup suka masakan yang berempah kerana aromanya memang cukup membuka selera. Lebih lagi masak kicap kali ini kicap yang pedas.. lebihlah teruja ita di buatnya.. ikan kerisi kicap pedas

Bahan-bahannya:


  • 5 ekor ikan kerisi ~ siang dan cuci bersih
  • Sedikit garam dan kunyit


Bahan kisar:


  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inc halia
  • 10 tangkai cili padi
  • 15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih


Rempah tumis:


  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkih
  • 5 biji pelaga
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 2 biji tomato ~ belah 2
  • 2 biji lada hijau ~ di hiris kasar
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris
  • 2 tangkai daun sup ~ di mayang halus
  • 200 ml air asam jawa
  • 100 ml minyak
  • 1 ketul gula Melaka
  • 5 camca besar kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaannya:


  1. Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam, kemudian goreng hingga kuning keemasan
  2. Angkat dan ketepikan
  3. Panaskan minyak dalam kuali
  4. Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum
  5. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi
  6. Masukkan, air asam jawa, kicap manis , dan gula Melaka
  7. Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air
  8. Masak hingga didih
  9. Masukkan ikan kerisi
  10. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan daun sup
  11. Angkat dan hidangkan
  12. Selamat mencuba!!


Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Lauk-pauk Tradisi
Oleh : Azlita
Resepi Ikan Kerisi Kicap Pedas!!

Resepi Ikan Kerisi Kicap Pedas!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ikan Kerisi Kicap Pedas!!"

Post a Comment