Ikan Merah Masak Ceylon!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Ikan Merah Masak Ceylon!!


Ikan Merah masak Ceylon atau ikan merah masak Sri Lanka. Sebelum tahun 1972 Sri Lanka lebih di kenali sebagai Ceylon. Ia adalah sebuah negara pulau di Asia Selatan yang terletak kira-kira 31 km dari pantai selatan India. Masyhur dengan gelaran Mutiara Lautan Hindi, ia merupakan tanahair bagi 20 juta orang penduduk.

Pada masa silam, Sri Lanka dikenali dengan pelbagai nama. Ahli-ahli geografi Yunani purba menamakannya Taprobane dan orang Arab merujuknya sebagai Serendib (asal-usul perkataan serendipity). Orang Melayu zaman dahulu pula memanggilnya sebagai Langkapura. Ceilão ialah nama yang diberikan oleh orang Portugis kepada Sri Lanka ketika mereka tiba di pulau tersebut pada tahun 1505 yang ditransliterasikan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Ceylon.

Pada tahun 1972, nama rasmi negara tersebut ditukar kepada Republik Bebas, Berdaulat dan Merdeka Sri Lanka. Pada tahun 1978 ia ditukar pula kepada Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka.

Huhu... belajar sejarah yer.. :P

Bahan-bahannya:


  • 90 ml minyak masak
  • 10 ulas bawang merah ~ di mayang halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 50 ml air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 keping ikan merah ~ di cuci bersih
  • 1 biji bawang besar ~ di hiris bulat
  • 2 tangkai cili merah atau cili hijau ~ belah 2 dan buang bijinya


Bahan Kisar:


  • 10 tangkai cili kering ~ di rendam lembut, cuci bersih dan goreng
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia


Cara penyediaanya:


  1. Panaskan 1/2 daripada minyak dalam kuali dan gorengkan bawang merah hiris dan daun kari sehingga bawang berwarna keperangan, angkat dan toskan minyakknya.
  2. Simpan minyak lebihan gorengan bawang.
  3. Panaskan 1/2 lagi baki minyak, dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing dan harum
  4. Masukkan air asam jawa, garam gula secukup rasa dan ikan
  5. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air dan didihkan hingga ikan empuk
  6. Masukkan bawang besar dan cili yang di belah 2 tadi
  7. Apabila telah masak, masukkan bawang goreng serta daun kari yang di goreng tadi
  8. Hidangkan dalam pinggan
  9. Tuangkan lebihan minyak goreng bawang dan kari di atasnya
  10. Selamat mencuba!!


Oleh : Chef Zaidah
Ikan Merah Masak Ceylon!!

Ikan Merah Masak Ceylon!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Ikan Merah Masak Ceylon!!"

Post a Comment