Resepi Kek Velvet Pelangi!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Kek Velvet Pelangi!!

Resepi Kek Velvet Pelangi!!

Untuk kek velvet pelangi ni, saya guna 7 warna. Pink, hijau, biru, kuning, putih (warna original adunan), purple (hasil campuran warna biru + pink) dan oren (campuran warna pink + kuning). Meriah gitu pelangi dia nanti..


Sapa-2 berminat nak buat, silalah rujuk resepi dibawah:


Bahan bahan untuk (loyang 8"):


  • 4 biji telur A - yang sejuk dari peti ais
  • 3/4 cawan gula halus / perang (180g)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - di ayak
  • 3/4 sk baking powder
  • 1/2 sb penuh ovallete
  • 1/4 sk garam
  • 7 1/2 sb susu sejat (120g)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan minyak jagung / mentega cair (80g)


Cara penyediaannya:


  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.
  2. Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.
  4. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.
  5. Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.
  6. Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.
  7. Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan
  8. Setelah sejuk,potong dan hidangkan.
  9. Selamat mencuba!!


Kredit tuan punya..
Resepi Kek Velvet Pelangi!!

Resepi Kek Velvet Pelangi!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Kek Velvet Pelangi!!"

Post a Comment