Resepi Kek Coklat Kukus Cheese!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Kek Coklat Kukus Cheese!!


Bahan-Bahan Kek Coklat:


  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3 camca besar serbuk koko*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)


Bahan-Bahan Lapis Cheese:


  • 250 gram krim cheese
  • 60 gram gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 1 camca besar air
  • 1 camca besar tepung gandum


Cara penyediaannya:


  1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..


1. Untuk Kek Coklat :-


  1. Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata.
  2. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana.
  3. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer.
  4. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak.
  5. Ketepikan.


2. Untuk Lapisan Cheese:-


  1. Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin.
  2. Masukkan telur dan putar hingga kembang.
  3. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.


3. Untuk Kek Coklat Kukus Lapis Cheese:-


  1. Tuang satu bahagian kek coklat.
  2. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
  3. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana.
  4. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi.
  5. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  6. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin.
  7. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan....
  8. Selamat mencuba!!..


Oleh : fb
Resepi Kek Coklat Kukus Cheese!!

Resepi Kek Coklat Kukus Cheese!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Kek Coklat Kukus Cheese!!"

Post a Comment