Resepi Ayam Belanda Panggang!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Belanda Panggang!!


Isinya yang ‘juicy’ dan kulit luarnya yang ranggup. Bezanya dengan makan ayam? Entah tidak tahu handak menggambarkan dengan tepat tetapi isinya lebih kenyal dan uhhhh…memang puas memakannya. Well, nak makan ayam belanda ni kenalah beli semasa hujung tahun, masa krismas. Itulah masa yang ada dijual dan kali ini saya tidak akan melepaskan peluang beli ayam belanda ni.

Harga seekor ayam belanda lebih kurang dalam RM 90 ke RM 120. Tengoklah jugak beli kat mana…kalau kat Cold Storage tu mungkn harganya mahal sedikit. Saya panggang ayam belanda ni sama sahaja kaedahnya dan resepinya untuk memanggang ayam biasa, Jadi bagi sesiapa yang bertanya akan resepi untuk memanggang ayam, bolehlah guna resepi ini. Resepi yang saya suka dan saya reka sendiri. Ok…jom kotorkan tangan!


Bahan-bahannya:


  • 1 ekor ayam belanda
  • 1 ketul mentega
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji lemon
  • Secekak daun ketumbar dipotong halus
  • Minyak zaitun
  • Garam
  • Lada sulah
  • Serbuk lada Hitam/ lada hitam yang ditumbuk
  • Sedikit daun rosemary (optional)

Cara penyediaannya:


  1. Bersihkan ayam belanda dan keringkan dengan menggunakan tuala dapur
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 200 C
  3. Untuk membuat bahan perapan – lembutkan mentega pada suhu bilik dan gaulkan dengan garam, lada sulah, daun ketumbar dan sedikit parutan kulit lemon
  4. Gaul sebati dan ketepikan
  5. Lumurkan bahagan luar dan dalam ayam belanda dengan garam dan serbuk lada hitam
  6. Dengan teliti longgarkan kulitnya dan sumbatkan bahan perapan tadi ke dalamnya.
  7. Masukkan sedikit demi sedikit ke bawah kulit ayam dan tolak menggunakan jari. Sebaik-baiknya masukkan 80 % dari bahan perapan tersebut ke bahagan bawah kulit ayam belanda. Yang selebihnya, lumurkan pada keseluruhan ayam belanda.
  8. Masukkan bawang holland dan lemon (tak perlu dikupas kulitnya) ke bahagian dalam ayam dan sisipkan dengan lidi .
  9. Akhir sekali tuangkan minyak zaitun ke atas ayam seberapa banyak yang anda suka dan taburkan rosemary keatasnya.
  10. Masukkan ayam kedalam ketuhar dan bakar. Setiap 45 minit atau 1 jam, anda perlu ‘baste’ ayam tersebut.
  11. Buka pintu ketuhar dan dengan menggunakan sudu, ambil jus ayam dan curahkan ke atas ayam terutamanya dibahagian dada. Ini untuk menjadikan ayam tersebut masak dengan sama rata.
  12. Cucuk ayam dengan chopstick ataupun lidi yang panjang dan jika ianya keluar licin, bermakna ianya sudah masak.
  13. Sekiranya ayam sudah berwarna keperangan dan masih belum masak, ambil aluminium foil dan tutup ayam tersebut. Apabila ayam belanda sudah masak, ianya perlu direhatkan sekurang-kurang selama 30 minit sebelum dimakan. Ini akan menjadikan ayam tersebut lebih sedap dan ‘juicy’.
  14. Selamat mencubaaaa!!! Tak rugi tauuu... :D


Oleh : Azian Hasan
Resepi Ayam Belanda Panggang!!

Resepi Ayam Belanda Panggang!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Belanda Panggang!!"

Post a Comment