Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api!!


Rasa-rasanya masak lomak cili api ni adalah makanan yang popular atau makanan asalnyer dari Negeri Sembilan. Tapi kini semua negeri rasanyer tentu suka dan gemar dgn masakan ni... bak kata orang nogori..lagi podas lagi sodap!!!.... betul tak... ok jom la kita ke dapur dan lihat bagaimana cara ita menyediakan masakan ni... tapi ni versi ita tau! mungkin tak sama dgn cara orang Negeri sembilan menyediakannyer....

Bahan-bahannya:


  • 1/2 ekor ayam - dipotong dan dibasuh bersih
  • 3 biji kentang - dipotong 4
  • 1/2 helai daun kunyit dimayang halus
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 kiub ayam
  • garam dan serbuk perasa


Bahan untuk dikisar:


  • 20 tangkai cili api - klu tak suka pedas boleh kurangkan
  • 2 inc kunyit hidup
  • 2 inc halia
  • 2 batang serai
  • 1/2 helai daun kunyit
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cawan air


Cara penyediaannya:


  1. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan kentang dan ayam.
  3. Masak semua bahan atas dapur hingga ayam dan kentang empuk.
  4. Setelah semua empuk masukkan kiub ayam dan santan pekat.
  5. Sentiasa mengacau supaya santan tidak pecah minyak.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  7. Setelah masak tutup api dan taburkan daun kunyit yg telah dihiris halus.
  8. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas....
  9. Selamat mencuba!!


Sumber : Azlita
Ayam Masak Lemak Cili Api!!

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api!!"

Post a Comment