Resepi Ayam Goreng Nenas!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Goreng Nenas!!


Resepi Ayam Goreng Nenas ini dari Chef terkemuka dan bertaraf dunia... siapa lagi ita lah...ooopppsss!! mulut leser dah keluar .. tak takut kena saman ke?? hihihi mintak ampun ye Cheff Wan...

Memang sedap lah boleh cuba kalau nak merasa kesedapannyer... sekali makan pasti nak tambah lagi... bagi yg tengah diet tu pejam mata sekejap lupakan..... sorok sekejap dacing tu bawah katil... buat2 tak nampak... hihihi

Jooommmm... kita pakat-pakat makan dulu....!!

Bahan-bahannya:


  • 4 sudu besar minyak masak
  • 500 gm ayam - basuh bersih dan potong kecil
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 biji bawang besar - dipotong baji
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 1/4 nenas - dikupas, dibuang empulur dan dipotong dadu
  • 1 batang cili merah - dihiris
  • 1 batang cili hijau - dihiris
  • 2 helai daun limau perut - disiat2
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu beras sos ikan
  • garam dan gula secukup rasa


Pes Rempah:


  • 4 sudu besar udang kering - direndam air hingga lembut kemudian dicuci dan dikisar
  • 1 sudu belacan - dibakar dan dikisar
  • 3 sudu besar cili kering yg telah dikisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 kaki akar ketumbar - yg ni ita tak letak sebab tak tau benda alah apa ....


Cara penyediaannya:


  1. Satukan semua bahan pes didlm pengisar dan kisar hingga halus.
  2. Panaskan minyak masak dlm kuali yg dalam.
  3. Goreng ayam sehingga keperang-perangan. Angkat dan ketepikan.
  4. Tinggalkan 2 sudu besar minyak dlm kuali dan panaskan semula.
  5. Tumis pes rempah dgn serai sehingga harum.
  6. Masukkan bawang besar, tomato, nanas, cili merah, cili hijau daun limau perut dan ayam.
  7. Goreng dan kacau hingga sebati.
  8. Kemudian bubuh sos tiram dan sos ikan.
  9. Perasakan secukupnyer dgn garam dan gula jika perlu.
  10. Besarkan api menjadi sederhana dan masak , tutup, selama 3 minit. hidangkan mengikut citarasa.
  11. Selamat mencuba!!


Sumber : Azlita
Resepi Ayam Goreng Nenas!!

Resepi Ayam Goreng Nenas!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Goreng Nenas!!"

Post a Comment