Resepi Nasi Goreng Hijau!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Nasi Goreng Hijau!!


Rasa dan cara membuatnyer sama aje macam nasi goreng yang biasa kita buat tu. Cuma tukar cilinyer aje.. Sekali2 kita berubah penampilan untuk tambah menarik dan lebih memikat apa salahnyer kan... Sekurang-kurangnyer ia menambahkan lagi selera ketika kita berada di meja makan. Jom kita ke dapur kita intai2 menu yang ringkas dan paling simple cara penyediannya ni. Cepat di masak dan sedap dimakan..


Bahan-bahannya:



  • 4 cawan nasi sejuk - diperoi
  • 2 biji telur - dikocok
  • 1 gengam ikan bilis - digoreng
  • 1 kiub ikan bilis

Bahan Kisar:



  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 6 biji cili hijau
  • 4 biji cili padi hijau
  • 1 inc belacan

Cara penyediaannya:



  1. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang di kisar sehingga naik bau dan garing.
  2. Kemudian masukkan kiub ikan bilis biar ia garing sebentar.
  3. Kemudian ketepikan sedikit semua rencah ketepi kuali dan buatkan lubang di tengah, masukkan telur, biarkan keras sebentar barulah di hancurkan dan digaul semula dengan perencah tadi hingga rata.
  4. Masukkan nasi dan garam.
  5. Kacau hingga masak dan rata.
  6. Akhir sekali tutup api dan masukkan ikan bilis. Kacau rata. Siap untuk hidangan.

Oleh : Azlita
Resepi Nasi Goreng Hijau!!

Resepi Nasi Goreng Hijau!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Nasi Goreng Hijau!!"

Post a Comment