Resepi Ikan Tenggiri Asam Pedas!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ikan Tenggiri Asam Pedas!!


Resepi asam pedas kali ni menggunakan ikan tenggiri, biasa kalau masak asam pedas atau lauk gulai yang menggunakan ikan, ita akan guna kepala ikan dan bahagian ekor untuk di masukkan dalam gulai. Sementara bahagian isi biasanya ita goreng aje.. sebab anak-anak semua lebih suka makan ikan goreng berbanding ikan yang di dalam gulai. Jadi sayang kalau ada isi ikan dalam gulai tu kan.. tak di makan, baik goreng aje.. pasti licin pinggan..

Ikan dalam gulai atau lauk asam pedas ni biasanya suami ita yang tukang habiskan.. suami ita memang sangat suka makan ikan berbanding ayam dan daging. Ok, cerita pasal lauk ita ni.. sebenarnya tak cukup lengkap bahannya.. ita masak yang mudah aje dan mengikut apa bahan yang ada di rumah aje.. tak letak bunga kantan dan bendi... cuma letak daum kesum aje sebagai pembangkit selera...

Bahan-bahannya:


  • 3 keping ikan tenggiri dipotong dan cuci bersih
  • 400 mk air
  • 100 gm bendi
  • 1 batang serai dititik
  • 1 kuntum bunga kantan di belah dua
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 cekak daun kesum
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa


Bahan kisar:


  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 sudu besar pes cili atau 15 tangkai cili kering di kisar
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas
  • 1 sudu teh belacan


Cara penyediaannya:


  1. Pijarkan minyak
  2. Tumiskan serai dan bahan kisar hingga harum, garing dan terbit minyak
  3. Masukkan air dan air asam jawa dan masak hingga didih
  4. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan dan ikan
  5. Renihkan senentar hingga ikan masak
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  7. Akhir sekali masukkan bendi
  8. Masak sebentar hingga bendi lecur dan sedia di hidangkan
  9. Lauk asam pedas lengkap di gandingkan bersama, ikan goreng, telur asin atau telur dadar, sambal belacan dan ulam..
  10. Perghhhh... memang terangkat bila di makan bersama nasi hangat
  11. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.. !!


Oleh : Azlita
Resepi Ikan Tenggiri Asam Pedas!!

Resepi Ikan Tenggiri Asam Pedas!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ikan Tenggiri Asam Pedas!!"

Post a Comment