Resepi Kari Asam Pedas!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Kari Asam Pedas!!


Asam pedas sinonim dengan masyarakat bahagian Selatan Semenanjung Malaysia terutamanya Johor dan Melaka. Ianya di hidangkan sebagai pelengkap hidangan makan tengahari mahupun makan malam. Kuahnya yang masam-masam, pedas dengan aroma yang cukup enak memang benar-benar menambat selera.

Selain di hidangkan bersama nasi, kari asam pedas juga enak jika di cicah bersama roti, roti canai, roti jala, lempeng mahupun biskut lemak. Bagi orang Johor ala bisa tegal biasa

Cara memasaknya memang cukup mudah dan ringkas. Bagi kari asam pedas pula bezanya cuma asam pedas ini di khawinkan antara asam pedas biasa dan lauk kari.. maka terhasillah menu baru kari asam pedas.

Bahan-bahannya:


  • Seekor ikan sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5
  • (Boleh guna ikan patin, ikan tenggiri, ikan merah, pari dan lain-lain)
  • 1 biji bawang besar ~ dimayang
  • 3 biji bawang putih ~ diketuk
  • 2 inci halia ~ diketuk
  • 1/2 ibu jari belacan
  • 1 batang serai ~ diketuk
  • 1/2 inci lengkuas ~ dihiris nipis
  • 1 sudu besar halba campur
  • 3 sudu besar cili kisar ~ cili kering dikisar
  • 2 sudu besar serbuk kari ~ dibancuh dengan sedikit air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 pelepah daun kari
  • 3 tangkai daun kesum


Cara penyediaannya:


  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
  3. Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
  4. Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum.
  5. Selamat mencuba!!


Oleh : Azlita
Resepi Kari Asam Pedas!!

Resepi Kari Asam Pedas!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Kari Asam Pedas!!"

Post a Comment