Ikan Selar Masak Kicap!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Ikan Selar Masak Kicap!!


Ikan selar isinya agak keras berbanding ikan kembung. Biasa kalau goreng gitu aje ianya kurang mendapat sambutan kalau kat rumah ita ni.. Oleh kerana itu ita lebih suka jadikan ianya lauk yang enak di nikmati oleh keluarga. Bila dah masuk dalam lauk masak kicap ni.. berselera pulak anak-anak meratah ikan ni..

Bila memasak ni kita harus bijak memadan suaikan gandingan hidangan supaya ianya menjadi gandingan yang ideal dan di sukai seisi keluarga. Barulah tak berlaku pembaziran..


Bahan-bahannya:



  • 5 ekor ikan selar ~ siang dan cuci bersih
  • Sedikit garam dan kunyit


Bahan kisar:



  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inc halia
  • 10 tangkai cili padi
  • 15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih


Rempah tumis:



  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkih
  • 5 biji pelaga
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 2 biji tomato ~ belah 2
  • 2 biji kentang ~ kupas kulit potong bulat dan goreng
  • 2 biji lada hijau ~ di hiris kasar
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris
  • 2 tangkai daun sup ~ di mayang halus
  • 200 ml air asam jawa
  • 100 ml minyak
  • 1 ketul gula Melaka
  • 5 camca besar kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaannya:



  1. Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam, kemudian goreng hingga kuning keemasan
  2. Angkat dan ketepikan
  3. Panaskan minyak dalam kuali
  4. Goreng kentang hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan
  5. Minyak baki goreng kentang, panaskan semula
  6. Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum
  7. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi
  8. Masukkan, air asam jawa, kicap manis , dan gula Melaka
  9. Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air
  10. Masak hingga didih
  11. Masukkan ikan kerisi
  12. Akhir sekali masukkan kentang goreng, tomato, bawang besar dan daun sup
  13. Angkat dan hidangkan
  14. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  15. Selamat mencuba!!



Oleh : Azlita

Ikan Selar Masak Kicap!!

Ikan Selar Masak Kicap!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Ikan Selar Masak Kicap!!"

Post a Comment