Resepi Nasi Goreng Cornbeef Sedap!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Nasi Goreng Cornbeef Sedap!!


Anak memang peminat nasi goreng, kat sini banyak jual cornbeef halal, akak pernah makan kat restoran Akasia. Teringin nak cuba buat kat umah.

Bahan-bahannya:



  • 2 mangkuk nasi sejuk
  • 1 tin kecil cornbeef
  • 3 batang kacang panjang-potong kecil
  • 10-15 biji cili api - ikut nak pedas mana
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang merah-potong dadu
  • 5 ulas bawang putih-tumbuk
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap cair
  • sedikit serbuk lada putih
  • 1 biji telur
  • garam dan minyak secukupnya


Cara penyediaannya:



  1. Tumbuk bawang putih dan cili api, kemudian tumis bawang besar bersama bahan tumbuk.
  2. Masukkan cornbeef, kacau lagi, kemudian baru cili kisar dan tumis sehingga wangi baru di masukkan potongan kacang panggang.
  3. Masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
  4. Gaul rata baru di masukkan telur di tengah nasi.
  5. Hancurkan telur dan gaul lagi sehingga nasi goreng keluar wap.
  6. Rasa dulu sebelum di hidangkan..akak buh kepak ayam goreng dan hirisan timun.
  7. Selamat mencuba..!!

Oleh : kakinakl
Resepi Nasi Goreng Cornbeef Sedap!!

Resepi Nasi Goreng Cornbeef Sedap!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

1 Response to "Resepi Nasi Goreng Cornbeef Sedap!!"

  1. Kak..beli cornbeef kat semenanjung ke? kat mana boleh dpat?

    ReplyDelete