Resepi Nasi Lemak Halba Kukus!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Nasi Lemak Halba Kukus!!


Nasi Lemak ni kalau kita masak dengan mencampurkan sedikit halba rasanyer sangat sedap dan bau halba itu memang membangkitkan lagi aroma nasi lemak tu... apalagi bila nasi lemak tu dikukus... lagi la enak dan lazat... lebih2 lagi dimakan dengan sambal telur dan ayam goreng serai berempah... wah! memag memikat selera ku sekeluarga.... Kalau dulu, nasi lemak biasa dimakan utk sarapan pagi kini tidak lagi nasi lemak dimakan setiap masa tak kira la pagi ke, petang, atau malam....

Bahan-bahannya:


  • 1kg beras - dibasuh bersih dan ditoskan airnyer
  • 5 cawan santan
  • 3 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
  • 2 inc halia - dihiris
  • 1 camca halba
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • secubit garam - atau secukup rasa


Cara penyediaannya:


  1. Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga beras sebati dgn santan.
  2. Biarkan nasi separuh masak atau sehingga santan kering.
  3. Pindahkan nasi ke dalam kukusan. Alas kukusan yg berlubang dengan daun pisang supaya nasi tidak jatuh.
  4. Kukus sehingga naik wap selama 30 minit atau sehingga nasi masak sepenuhnyer.
  5. Apabila sudah masak bolehlah dihidangkan dengan sambal tumis, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang goreng, ayam goreng dan timun sebagai ulaman.
  6. Selamat mencuba.


Oleh : Azlita
Resepi Nasi Lemak Halba Kukus!!

Resepi Nasi Lemak Halba Kukus!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Nasi Lemak Halba Kukus!!"

Post a Comment