Resepi Nasi Goreng Kerabu!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Nasi Goreng Kerabu!!


Kali ni akak buat nasi goreng kerabu..akak makan nasi ni kat cafe di Hospital Ampang Putri masa tunggu Imran nak jumpa doktor. Sedaplah pulak..akak pun cubalah buat tapi ikut resepi nasi goreng yang nama asalnya nasi goreng bunga kantan dari Mat Gebu tapi akak tambah daun kesum, cili api dan taugeh.

Bahan-bahannya:


  • 4 cawan nasi sejuk, dileraikan
  • 1 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
  • 2 camca besar sambal tumis (resipi di sini) (akak tukar cili kisar)
  • 1 keping dada ayam, hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar, hiris (akak dadu)
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 3 cili api - ketuk sikit
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus, tinggalkan sedikit untuk hiasan
  • 1 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
  • 1 batang daun kesum-hiris halus
  • sedikit taugeh
  • 2 biji telur, pukul sedikit
  • 1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)-tukar taugeh
  • Sos ikan secukup rasa (anggaran 1-2 sudu teh)
  • 3 sudu teh kicap manis-akak tambah
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam jika perlu
  • Hirisan cili padi untuk hiasan-akak guna cili flake
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan


Cara Penyediaanya:


  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan sambal tumis , serai hiris, cili ketuk dan pes tomyam, kacau rata.
  2. Tambah mix vege (taugeh) dan daging ayam gaul rata.
  3. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar mengeras sikit, dan kacau. Gaul rata.
  4. Masukkan nasi dan gaul, tambah sos ikan secukup rasa dan tambah hirisan bunga kantan, taugeh, daun kesum dan kacau hingga rata.
  5. Masak sekejap dengan api besar. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  6. Tabur hirisan daun bawang, hirisan cili padi dan baki bunga kantan tadi.
  7. Hidangkan panas.. Selamat mencuba!!


Asal : Mat Gebu
Oleh : kakinakl
Resepi Nasi Goreng Kerabu!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Nasi Goreng Kerabu!!"

Post a Comment