Resepi Kuih Ketayap Inti Pandan!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Kuih Ketayap Inti Pandan!!


Bahan-bahan:


  • 150 gm kelapa lembut(saya pakai kelapa kering je)
  • 1/2 cawan santan pekat dlm tin (jika menggunakan kelapa kering)
  • 3 cawan gula pasir @ seukup rasa
  • sedikit garam
  • 1 sk pandan emulco
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/4 cawan air @ secukupnya utk lembutkan kelapa kering
  • 2 helai daun pandan...disimpul


Cara penyediaanya:


  1. Masak gula bersama air hingga hancur, tambah santan, garam, pandan emulco, daun pandan..kacau
  2. Masukkan bahan2 lain...kacau hingga pekat dan kelapa kering sedikit lembut
  3. Biarkan sejuk.


Kulit Kuih Ketayap


Bahan-bahan :


  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan kecil susu segar atau boleh letak santan
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sk gula
  • sedikit essen vanilla
  • sedikit pewarna sirap ros atau sirap pandan untuk kulit ketayap.


Cara penyediaanya:


  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga sebati dan tapis
  2. ATAU kacau di dalam bekas dengan whisker jangan pecahkan telur dulu, kacau sedikit dengan garfu, letak susu dan tepung kacau.
  3. Selepas tu baru tambah bahan2 lain dan air sedikit demi sedikit.
  4. Panaskan kuali leper non-stick,sapu sedikit minyak.
  5. Ambil adunan menggunakan senduk kecil,tuang di tengah kuali kemudian ratakan nipis bulat menggunakan bawah senduk tersebut...agak-agak la ye saiznye
  6. Ulangi langkah tersebut hingga habis.
  7. Sambil buat kulit, boleh terus masukkan inti kelapa dalam kulit yang sudah masak & gulung kemas-kemas.
  8. Selamat mencuba!!


Resepi Kuih Ketayap Inti Pandan!!

Resepi Kuih Ketayap Inti Pandan!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Kuih Ketayap Inti Pandan!!"

Post a Comment