Resepi Daging Masak Merah Ummi!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Daging Masak Merah Ummi!!

Resepi Daging Masak Merah Ummi!! | Sedapnya daging masak merah ni... terbaekk.. Terima kasih owner resepi.. good job..

Bahan-bahannya:-


  • 300 gm daging lembu
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 ulas bawang putih (dititik)
  • 125 gm sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
  • 4 sudu besar cili kering (dikisar)
  • sedikit kicap cair
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (*ummi tambah ni)
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis


Cara penyediaannya:-


  1. Hiris daging lebih kurang 5cm.
  2. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering kisar.
  5. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit).
  7. Tambahkan sedikit garam dan kicap air.
  8. Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar.
  9. Kacau seketika dan angkat.



Sumber : (sila maklumkan)
Resepi Daging Masak Merah Ummi!!

Resepi Daging Masak Merah Ummi!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Daging Masak Merah Ummi!!"

Post a Comment