Resepi Tomyam Campur Thai!! | Sape-sape peminat tomyam try la buat, sedapppp!!!..
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Resepi oleh : Aisha Shukor
Bahan-bahan:
bawang besar
bawang putih
halia muda
cili api ikut suka
tomato
serai 4 batang dititik
daun limau purut 6 helai dikoyak
limau nipis 3biji (lagi masam lagi sedap)
sayur-sayur yang uolls suka
daun ketumbar 4 tangkai
paste tomyam thai
ayam seekor (dipotong kecik2) atau ikut suka uolls la nak buat berape banyak..
asam jawa besar bola pingpong
Ni dia paste tomyam poojaan hatiku.. ngeh3..boleh beli kat jusco giant tesco dan supermarket la senang cerita..
Ok macam biasa cik ecah memang malas so humban je la semua bawang besar, bawang putih, halia muda, tomato dan cili api dalam blender.. sebabnyer kang aklau ternampak tomato la cili la nanti, anak macam-macam bunyi.. so kita bagi sembunyi.. hihihi
Panaskan minyak,campak masuk serai dan daun limau purut jap
Tumis bahan-bahan blend sampai garing
Bila dah kering, masuk paste tomyam thai tu dua sudu besar.. tumis lagi sampai pecah minyak
Masuk ayam yang dah dicuci, selawat dan tos.. balik-balikkan
Masukkan air satu blender tadi.. haaa petua masak sedap..hihihi
(selalu air lesung kan, tapi ni cik ecah memandai bagi petua air blender😝)
Masuk air asam jawa besar bola pingpong.. ambil airnya setengah mangkuk
Tutup kuali n biar masak menggelegak.. sila abaikan tangan cik ecah tu.. korang ingat senang ek sambil masak sambil amik gambo? mane lagi nak sorok xbagi muka masuk gambo kat tudung kuali tu.. huwawawa
Bila kuah dah berkurang dan semua dah 3/4 masak, masukkan carrot
Garam secukup rasa
Masuk segala sayur..
Perah semua limau nipis & daun ketumbar
Masak lagi 5 minit sampai menggelegak ganas.. siap! Yeahh!!
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Tomyam Campur Thai!! (SbS)"
Post a Comment