Resepi Nasi Ayam Madu Sedap!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Nasi Ayam Madu Sedap!! (SbS)

Resepi Nasi Ayam Madu Sedap!! | Bismillahirahmanirahim ok seperti yang dijanjikan ni dia cikna share resepi nasi ayam madu yang memang serius sedap.

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Ana Mariana Ismail


Resepi Nasi Ayam Madu Sedap!!


Ok ni bahan-bahan untuk seekor ayam tau. Rebus ayam dengan 3 ulas bawang putih & seinci halia yang ditumbuk halus pastu masukkan 1 kiub ayam. Rebus separuh masak je sebab nti ayam ni kita nak goreng lagi skali. Pastu kalau boleh letak air banyak-banyak sebab nanti guna air rebusan tu.



Lepas dah rebus ayam angkat & toskan pastu masukkan lagi skali 3 ulas bawang putih & seinci halia yang ditumbuk halus jugak. Pastu masukkan sedikit kicap pekat, kicap manis, sedikit sos tiram & sedikit madu (kalau xde guna gula pun boleh)



Kalau nak warna ayam tu hitam berkilat shining lawa tu masukkan sedikit minyak zaitun.



Pastu perap ayam ni sekurang-sekurangnya 30 minit ok. Lagi lama lagi sedap..



Ok untuk nasi pulak mula-mula panaskan sedikit marjerin pastu tumis 4 sekawan tu yer.



Pastu masukkan lagi bawang putih & halia yang ditumbuk halus.. tumis sampai naik bau yer.



Pastu masukkan serai yang diketuk & daun pandan yang disimpul.



Pastu masukkan beras yang kita dah cuci & toskan pastu kacau-kacau jap biar sekata.



Pastu masukkan air rebusan ayam kita tadi (kalau x cukup campur air biasa sama yer) masukkan sedikit serbuk kunyit & masak nasi macam biasa ok.



Kita biarkan je nasi tu sorang-sorang sampai dia masak..hihihi 



Ok yang ni pic nasi dah masak elok kita gembur-gembur dia sikit bagi wangi 1 umah.. huhu



Ok untuk sup pulak macam biasa jer saya tumis 4 sekawan & bawang merah + bawang putih + halia yang ditumbuk sampai naik bau.



Pastu masukkan air rebusan ayam tadi & kiub ayam. Kalau nak sup kosong cuma masukkan sedikit garam biar mendidih siap. Tapi ana masukkan jugak kaki ayam, isi ayam, ubi kentang & carrot.



Ok dah siap pun sup ayam kita.



Ok ayam pun perap lama so boleh la goreng macam biasa minyak panas api sederhana. Goreng tak payah lama sangat pun takpe sebab ayam tu dah separuh masak. Kalau nak bakar pun boleh xde masalah ok.



Ok dah siap angkat hidang la ayam tu.



Ok untuk sos dia kita blend cili hidup (merah) dengan 3 ulas bawang putih sampai halus pastu masukkan sedikit air rebusan ayam tadi dengan sedikit cuka makan.



Pastu masukkan sedikit garam & gula biar sampai mendidih tutup api siap.



Untuk kicap dia pulak kita amik bekas perapan ayam tadi pastu masukkan sedikit air rebusan ayam tadi biarkan mendidih siap. Campur cili api cikit pastu blend pun sedap jugak (kalau nak pedas la..)



Ha yang ni bahan-bahan tambahan nasi ayam kita ada daun salad, timun & tomato yer.

Ok dah boleh hidang InsyaAllah dijamin sedap.

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Nasi Ayam Madu Sedap!! (SbS)"

Post a Comment